Selamat Datang – Anjung Sayang Chalet & Homestay
Video Pengenalan
Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web kami. Sudahkah anda menonton video di atas ?
Adakah anda sedang mencari tempat penginapan yang murah, selesa, tenteram dan berbaloi untuk percutian keluarga ?
Anjung Sayang Chalet &Β Homestay merupakan antara pilihan terbaik sebagai tempat penginapan sepanjang percutian anda di Pantai Puteri Melaka.
PenginapanΒ kami yang terletak di kawasan perkampungan yang tenteram hanya memerlukan 1-2 minit perjalanan kaki ke kawasan pantai.
Anda hanya perlukan 30 saatΒ – 2 minit perjalanan untuk menikmati Roti John & Ayam Golek yang legend di Melaka.
Untuk menunaikan fardhu solat, jarak Surau Pengkalan Perigi hanya perlukan 2 minit berjalan kaki sahaja.
Kawasan ini juga berhampiran dengan Makam Hang Tuah, Masjid Tertua Tanjong Kling, Rumah Tradisional Melayu Melaka, Perkampungan Nelayan Hailam, dan hanya 12 KM ke kawasan bandar.
Sila lihat blog post kami “Lokasi Menarik di Melaka“.
Anjung Sayang menyediakan 2 jenis penginapan di Pantai Puteri Melaka.
Iaitu penginapan chalet & penginapan Β homestay.
Jenis Penginapan
Chalet Anjung Sayang
Pembinaan chalet ini telah bermula pada awal bulan Ogos 2013 dengan permulaan hanya 3 chalet dan kini bilangan chalet sudah meningkat kepada 6 buah.
Terdapat sebuah chalet yang baru siap dibina pada awal tahun ini (2017) berhampiran persisiran pantai.
Chalet-chalet ini dibina bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah malah ia turut menyediakan penginapan yang murah dan selesa selaras dengan peningkatan pelancong tempatan yang melawat Pantai Puteri Melaka.
Hari Bekerja RM100/malam
π Program Astro Percuma
π Peti Sejuk
π Berhawa Dingin
π Alatan BBQ
π Tempat Letak Kenderaan Berpagar
Homestay Anjung Sayang (1 Bilik)
Homestay satu bilik ini telah siap dibina pada awal tahun 2017. Kesemua homestay mempunyai ruang tamu, dapur dan tandas.
Homestay ini dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan isi rumah seperti set TV, dapur dan gas memasak, perabot, katil dan lain-lain.
Terletak di tepi pantai, suasana kampung yang sunyi, tenteram dan sangat sesuai untuk percutian bajet keluarga.
π 1 Katil Bertingkat
π Dapur & Gas Memasak
π Mesin Basuh
π WIFI Percuma
π Program Astro Percuma
π Peti Sejuk
π Berhawa Dingin
π Alatan BBQ
π Tempat Letak Kenderaan Berpagar
Homestay Anjung Sayang ( 2 Bilik )
Salah sebuah homestay ini telah siap dibina pada awal tahun 2016. Manakala yang lagi satu bakal siap pada awal May 2017.
Kesemua homestay mempunyai ruang tamu, dapur dan tandas.
Homestay ini dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan isi rumah seperti set TV, dapur dan gas memasak, perabot, katil dan lain-lain.
Terletak di tepi pantai, suasana kampung yang sunyi, tenteram dan sangat sesuai untuk percutian bajet keluarga.
π 4 Buah Katil
π Dapur & Gas Memasak
π Mesin Basuh
π WIFI Percuma
π Program Astro Percuma
π Peti Sejuk
π Berhawa Dingin
π Alatan BBQ
π Tempat Letak Kenderaan Berpagar
Lokasi Kami